Isnin, Julai 29, 2013

Salam Adiulfitri

Dikesempatan ini saya berserta keluarga mengucapkan selamat hari raya minal aidzin wal faidzin kepada semua sanak saudara serta ahli waris cucu tok lentor...

Rabu, Februari 17, 2010

Jamaluddin Bin Hj.Hashim

Saudara Jamaluddin Bin Hj.Hashim(1959) Binti Lembut Binti Aishah Binti Hj.Muhammad Salleh Lentor adalah merupakan anak yang ke 4 diantara 17 adik beradik. Dilahirkan di Kg.Temau dan telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Halifah Bte. Abd.Wahab dan dikurniakan dengan 3 orang cahayamata iaitu Ahmad Humaizi, Norhida dan Ahmad Hazmi. Saudara kandung beliau adalah Jariah, Ibrahim, Hjh.Rokiah, Anuar, Badrul Taman, Hjh.Shamsiah, Rahani, Adnan(1961), Ihsan(1963), Faizah, Badrul Hisam(1969), Norlaila, Rohana, Jafni manakala dua orang saudara berlainan ibu adalah Saudara Abdul Malek dan Amaluddin.

Khamis, Disember 24, 2009

Allahyarham Tuan Hj.Mohamad Salleh Bin Hj.mat Lia Bin Satar Bin Hj.Muhammad Salleh Lentor

Allahyarham Tuan.Hj.Mohamad Salleh Bin Hj.Mat Lia Bin Satar Bin Hj.Muhammad Salleh Lentor dilahirkan pada tahun 1933 dan kembali ke Rahmatullah pada tahun 1994. Berkahwin dengan pasangannya Pn.Hjh.Habibih Binti Mohd Arif(Gali) dan melahirkan 12 orang zuriat iaitu En. Mohd Sabri, Pn.Aishah, En.Khariruddin,Pn.Kamsiah,Pn.Kamaliah,En.Hishamuddin,
Pn.Rozita,En.Zamzuri,En.Zuraimi, En.Suhaifi,En.Mohd Hanif dan En.Mohd Haris.

Selasa, Disember 22, 2009

Pn.Zainun Binti Abd.Wahab Waris ke 3 Tok Lentor


Puan Zainun(Mazidah) Binti Hj. Abdul Wahab Binti Upik Binti Hj.Muhamad Salleh Lentor adalah merupakan generasi ke 3 Tok Lentor. Dilahirkan pada tahun 1946 di Kampong Pasir Bayam dan berkahwin dengan pasangannya Mohd Affendi. Kini Beliau menetap di Rumah Murah Kg.Pasir Bayam, Dong.

Tuan Hj.Mat Nor Bin Muhd Rawi generasi ke 4 Tok Lentor.

Tuan Hj.Mat Nor(Yahaya) bin Muhd Rawi Binti Supak Binti Sidek Bin Hj. Muhammad Salleh Lentor dilahirkan pada tahun 1930 di kampong Ajai dan berkahwin dengan pasangannya Allahyarhamah Hj.Zabedah Binti Hj.Abdul Wahab dan dikurniakan dengan 6 orang cahayamata iaitu En Zainuddin, Pn.Zanariah, Pn.Shamsiah, Allahyarham Barhanuddin, En Abdul Razak dan Pn.Siti Zainab. Kini Beliau menetap di Kampong Pasir Bayam.

Pn.Hajah Fatimah Binti Hj.Mat Lia


Pn.Hj.Fatimah Binti Hj.Mat Lia Bin Satar Bin Hj. Muhammad Salleh Lentor adalah merupakan generasi ke 3 Tok Lentor. Dilahirkan di Kg.Durian Sebatang pada tahun 1929 dan berkahwin dengan pasangannya En.Daud Bin Jalah dan dikurniakan dengan 8 orang anak iaitu En.Zainal,En.Hamid,En.Jamaluddin, En.Md.Tahir,En.Johari,En.Kamarulzaman,En.Halim dan En.Md.Nor.Kini Beliau menetap di Kg.Pasir Bayam bersama anaknya En.Halim dan menantunya.

Tuan Hj. Hamzah Bin Hj.Abdul Wahab.


Tuan Hj. Hamzah(Umar) Bin Hj. Abdul Wahab Binti Upik Binti Hj.Muhamad Salleh Lentor adalah generasi ke 3 Tok Lentor. Di lahirkan di Kg.Pasir Bayam pada tahun 1935. Berkahwin dengan pasangannya Siti Isah Binti Jalal dan dikurniakan dengan 6 orang cahayamata iaitu En.Saiful Bahri, Pn.Harlina, En.Muhammad Rom, Pn. Hasliza, Pn.Hainida dan En.Mohd Hamidi. Kini beliau menetap di Kampong Gali Lurus.