Dikesempatan ini saya berserta keluarga mengucapkan selamat hari raya minal aidzin wal faidzin kepada semua sanak saudara serta ahli waris cucu tok lentor...
Assalammualaikum.... Salam sejahtera, Yang dihormati kepada semua bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara, abang-abang, kakak-kakak dan adik beradik keturunan Nenek - Moyang Allahyarham Tuan Haji Muhammad Salleh Lentor. Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada tersalah kata dan bahasa yang saya bicarakan nanti. Tujuan utama saya di blog ini adalah untuk mempereratkan hubungan silatulrahim secara lebih dekat disamping mempelawa generasi Allahyarham Tuan Hj.Muhamad Salleh Lentor atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Lentor akan asal usul kita seterusnya sehingga kecucu-cicitnya. Sesuai dengan tuntutan syarak menerusi hadith Rasullah SWT. "Kenalilah susur-galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada Silaturrahim" (HR.Imam Tarmizi Ibnu Kathir). Semuga perhubungan saudara mara akan bertambah erat hendaknya.
Mustafakamal Bin Hj. Mat Nor Bin Hj. Mat Lia Bin Satar Bin Hj.Muhammad Salleh Lentor.
Mustafakamal Bte.Meriam Bte.Hj.Abdul Wahab Bte.Upik Bte.Hj.Muhammad Salleh Lentor.
Generasi ke 4 kepada Moyang Hj Muhammad Salleh Lentor.
Catatan sejarah menyatakan bahawa Orang Melayu Rao(Rawa) bermula di Rao Mapat Tunggal, didalam Pasaman, Sumatera Barat. Perkerjaan utama Kaum Rao ini bidang pertanian, perdagangan, perlombongan serta amat mahir dalam pengurusan pentadbiran serta keagamaan. Mengikut sejarah segelintir kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani pada sekitar abad ke 5 Masehi. Pada abad ke 15 di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang memulakan perdagangan bebas menjadi faktor utama kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu. Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebagaian besar para perlombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalui Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) Penghijrahan secara beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Paderi (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan Istana, para Alim Ulama, Cendekaiwan, Panglima dan sebagainya. Penghijrahan Orang Rao ke Pahang bermula pada tahun 1857-1863 melalui jalan-jalan Sungai di Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuala Lipis, Raub dan Bentong) Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dan lain-lain.
Saya dan Anak Saudara Mohd Nor Zaffuan Bin Hj.Manap (Ajai)
Beliau adalah merupakan generasi ke 6 Tok Lentor. Dalam usia yang masih muda telah meneribitkan sebuah buku yang bertajuk "Sejarah Raub... dan amat berpengetahuan tentang Teromba dari Nasab Tok Unus, Maling Bongsu, Tok Rantau,Tok Bilai Lanton, Hj.Mat Ana,Khatib Deraman,Jopagan dan lain-lain.Untuk sebarang pertanyaan sila emaikan kepada wanpahang05@yahoo.com.
Teromba Tok Lentor
Diantara Anak Cucu Hj.Mat Nor
Generasi ke 5 Tok Lentor
Muhammad Nor Ishan & Nor Iffa Nadirah
Nor Atiqah
Nor Atiqah Binti Mustafakamal Bin Hj.Mat Nor Bin Hj.Mat Lia Bin Satar Bin Hj.Muhammad Salleh Lentor. Generasi ke 5 Tok Lentor.Dilahirkan pada 2005 di N.Sembilan.
Muhammad Adam Shafiq Bin Mustafakamal
Muhamad Adam Shafiq Bin Mustafakama Bin Hj. Mat Nor Bin Hj. Mat Lia Bin Satar Bin Hj.Muhammad Salleh Lentor.Generasi Ke 5 Waris Tok Lentor.Dilahirkan Pada 2006 di N.Sembilan.
Pengikut
Sejarah Tok Lentor (Hj.Muhamad Salleh Lentor)
Saya tidaklah bergitu arif sangat tentang sejarah Tok Lentor ini dan apa yang saya perolehi dari arwah Nenekanda saya iaitu Allahyarhamah Hajjah Zainab Binti Hj.Mat Yatim isteri kepada Allahyarham Hj.Mat Lia Bin Satar Bin Hj.Muhammad Salleh Lentor bahawa beliau (Tok Lentor) ini berasal dari Rao Minangkabau Sumatera Barat. Datang ke Pahang kerana menyelamatkan diri dari buruan Penjajah Belanda pada sekitar tahun 1830an. Bersama-sama beliau ada beberapa orang yang lain antaranya dikenali dengan Tok Rantau dan lain-lain lagi. Beliau digelar Tok Lentor kerana kehebatan sebagai hulubalang yang gagah berani ketika di Rao. Semasa berada di Pahang, beliau berkahwin dengan Hajah Fatimah Sam yang berkerabat dengan keluarga Tok Keli Orang Besar Sega di Chenua. Kemudiannya beliau berpindah dan meneroka tanah di Kampong Ajai dan Kampong Ajai lah beliau meninggal dan dikebumikan. Daripada tujuh orang anak beliau, hanya Tok Sidek sahaja yang tinggal di Kampong Ajai manakala enam yang lainnya berpindah ke Kampong Durian Sebatang, Kampong Lepar, Kampong Lecar serta Kampong Pasir Bayam. Dinyatakan juga Tok Lentor ini pernah terlibat dengan Perang Saudara Pahang yang berlaku pada tahun 1861 hingga 1863 dipihak Bendahara Tun Ahmad dan kemudiannya dalam perang Wan Aman tahun 1870 di Gali Hilir yang diketuai oleh Tengku Samad. Sejarah yang diceritakan oleh arwah nenekanda saya ini ada persamaan dengan catitan yang dibuat oleh saudara Mohamad Nor Zaffuan Bin Haji Manap(Kampong Ajai). Maaf dipinta jika apa yang saya ceritakan ini terdapat kesilapan dan diharap dapat menghubungi saya di talian 0128412253/06-6857910 atau emailkan kepada muskamal07@gmail.com untuk sama-sama berkongsi maklumat. Semuga Allah mencucuri rahmat kepada arwah datuk, nenek serta moyang kita yang telah banyak berjasa kepada anak-cucu-cicitnya. Amin...
ANAK-ANAK HJ.MUHAMAD SALLEH LENTOR
Moyang saya ini menpunyai 7 orang anak hasil pengkongsian hidup dengan isteri beliau yang bernama Hjh.Fatimah Sam.Anak-anak beliau adalah Mariam yang berkahwin dengan Pendekar Umar, Kamaliah,Sidek yang berkahwin dengan Khadijah(Kg. Ajai),Satar yang berkahwin dengan Tupin Bte.Salleh(Kg.Durian Sebatang), Aishah, Upik yang berkahwin dengan Iman Ali(Kg.Pasir Bayam) dan Hj.Zainuddin. Saya adalah zuriat dan pertalian darah antara Satar dengan Upik. Susurgalur saya dari zuriat Satar yang di mana dikurniakan dengan 3 orang anak iaitu Hjh.Lapiah, Hj.Mat Lia dan Kundor. Datok saya iaitu Hj.Mat Lia berkahwin dengan Hjh.Zainab Bte. Hj.Mat Yatim(dari keturunan kampar) telah dikurniakan dengan 8 orang anak, iaitu Hjh.Basaruah,Wok,Hjh.Zabedah, Fatimah,Hj.Mohd Salleh,Hj.Abdul Rahman,Hj.Mat Nor dan Hj.Sulaiman. Susurgalur saya dari zuriat Upik yang berkahwin dengan Iman Ali telah melahirkan 7 anak diantaranya adalah Hj.Abdul Wahab yang berkahwin dengan Hj.Dalilah Binti Maling Bongsu yang di mana melahirkan zuriat iaitu Hj.Zabidah, Hjh.Khadijah,Hj.Hamzah,Hjh.Meriam, Pn.Zainun, Pn.Zaitun, Hjh.Atikah dan Hj.Mohd.Ishan. Ayah saya Hj.Mat Nor berkahwin dengan Meriam Bte.Abdul Wahab(zuriat Upik) telah dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu, Saya,Norsham,Norlinda dan Mohd Mokhtar.
Allahyarham Hj.Mat Lia Bin Satar(Generasi Ke 2 Tok Lentor)
Dilahirkan pada 1901 di Kg. Ajai diantara 3 orang adik beradiknya iaitu Hajah Lapiah (Kakak) dan Alauyah@Kundur (1904-1999) adik.Pada tahun 1923 telah berkahwin dengan Hajah Zainab Binti Hj.Muhd Yatim (Kg.Kuak, Kampar Sumatera) dan dikurniakan dengan 8 orang cayamata iaitu Hjh.Basariah (1924), Pn.Zauiah(Wok),Pn.Hj.Zabedah, Pn.Fatimah (1929) Tn.Hj.Abdul Rahmah danTn. Hj.Mohd Salleh (Kembar)1933,Tn.Hj.Mat Nor@Mat Nurdin (1938) dan Tn.Hj.Sulaiman (1940) dan menetap di Kampong Durian Sebatang. Pada tahun 1952 beliau di tugaskan sebagi seorang guru sekolah kehamiran pertukangan di Sekolah Rendah Melayu Dong kini Sek.Keb.Dato' Mohd Jabar Dong.Dismaping itu juga beliau adalah sebagai seorang Peladang dan Pertani dan banyak meneroka tanah diantaranya di Kampong Tg.Putus, Bukit Pampong, Cendera Cincin dan Legang.Semasa hayatnya beliau amat dihormati dan disegani oleh orang ramai kerana berpengetahuan dalam soal-soal agama islam dan jasabaik sebagai seorang dermawan. Beliau meninggal pada tahun 1977 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg.Dong. Kami Anak Cucu - Citit panjatkan doa semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dan ditempatkan di kalangan orang yang solleh, Al-Fatihah... Amin.
Hj.Mat Nor Bin Hj.Mat Lia Bin Satar
Merupakan anak yang ke 7 dari 8 orang adik-beradik.Dilahirkan di Kg.Durian Sebatang pada tahun 1938. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jepun(Kini Sek.Keb.Datok Jabar Dong) dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sulaiman School Bentong.Berkelulusan "LCE". Mula berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1957 sebagai Townbord Officer di Bukit Freaser. Pada Tahun 1969 bertukar ke Jerantut Pahang dan berkhidmat dengan Majlis Daerah Jerantut sehingga persaraan.Pada tahun 1959 telah berkahwin dengan Pn.Hj.Ramlah Binti Abdul Wahab Binti Upik Binti Haj.Muhamad Salleh Lentor dan dikurniakan dengan 4 orang cayamata.Kini Beliau menetap di No 71 Kg.Dong Raub.
Hajah Ramlah @ Meriam Binti Hj.Abdul Wahab.
Hajah Ramlah @ Meriam Binti Hj.Abdul Wahab Binti Upik Binti Hj.Muhammad Salleh Lentor.Beliau Berkahwin dengan Hj.Mat Nor dan dikurniakan dengan 4 orang cayamata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan